Microsoft Surface Phone Dijangka Hadir Menjelang April 2017

Microsoft Surface Phone Dijangka Hadir Menjelang April 2017

Diterbitkan pada Apr 27, 2016 oleh .

Microsoft pada tahun ini agak kurang memfokuskan kepada peranti mudah-alih, malah seperti tidak menyentuhnya ketika acara BUILD 2016 lepas. Walaubagaimanapun, mereka masih tidak melupakannya, dan kini ia dikatakan Microsoft akan lebih memfokuskannya bermula tahun 2017 kelak.

Platform Windows 10 dijangka akan menerima lebih fungsi dan ciri-ciri khusus untuk peranti mudah-alih bermula daripada kemaskini Redstone 2 dan juga Redstone 3. Buat masa ini, pihak Microsoft masih pada fasa akhir dalam menyiapkan kemaskini Redstone 1.

Lumia 640

Pada masa yang sama, desas-desus mengenai Surface Phone kedengaran kembali, dan dikatakan akan diperkenalkan menjelang April 2017 kelak. Melalui platform Windows, Microsoft akan memfokuskan kepada produktiviti, disamping turut menyentuh kepada sekuriti dan privasi.

Pada hari ini, Windows 10 Mobile telah sedia menyokong fungsi Continuum yang membolehkan peranti mudah-alih dihubungkan dan digunakan sebagai komputer. Namun, terdapat kekangan seperti sokongan aplikasi Win32. Microsoft dikatakan ingin menyediakan penyelesaian untuknya, dan mungkin diperkenalkan bersama-sama Surface Phone.

Jika anda merupakan peminat platform Windows Phone, mungkin anda perlu sedikit bersabar pada tahun ini, dan sama-sama nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Microsoft pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN