Cari @ Amanz

Konsol Nintendo NX ialah konsol yang penuh misteri. Spesifkasi dan rekaannya masih belum diketahui tetapi Nintendo hari ini mengesahkan ia akan mula dijual pada Mac 2017. Apa yang diketahui setakat ini ialah NX akan menggabungkan mesin permainan konsol tradisional dengan permainan mudah alih. Bolehlah dikatakan NX akan menjadi konsol dua dalam satu.

Nintendo-NX-3Paten rekaan pengawal permainannya sudah tertiris dan mempunyai panel skrin sesentuh sepenuhnya pada bahagian atas. Ini membolehkan pembangun permainan menambah butang kawalan kapasitif dan tidak terhad kepada butang kawalan fizikal seperti pengawal permainan lain di pasaran.Pada masa yang sama kedengaran juga ura-ura ia bakal menggunakan sistem operasi Android. Konsol ini dijangka akan diperlihatkan secara rasmi pada acara E3 Jun hadapan.

Percubaan terakhir Nintendo iaitu Wii U gagal bersaing dengan PlayStation 4 dan Xbox One. Ini ialah percubaan mereka untuk merampas semula takhta raja konsol dari pesaing selepas mengalahkan PS3 dan Xbox 360 dengan jualan Nintendo Wii. Mampukah ia bersaing dengan PlayStation Neo dan Xbox One V 2.0 yang kini dikatakan turut sedang dibangunkan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd