Cari @ Amanz

Peranti pertama yang menggunakan USB-C sebagai bicu audio telah dilancarkan oleh LeEco dengan tiga model peranti terkini mereka. Membuang bicu audio 3.5mm bukanlah idea baru tetapi ia hanya mendapat perhatian selepas Apple dikatakan akan menggantikannya dengan port Lighthing. Kini Intel pula menyertai kempen untuk menggantikan bicu audio dengan port USB-C. Sebab yang diberikan ialah ia akan memberikan kualiti audio yang lebih baik kerana audio dipindahkan kepada fon telinga secara digital.

USB-CPort USB-C juga mampu membekalkan arus elektrik lebih tinggi sekaligus membolehkan penggunaan pembesar suara lebih besar dan sistem audio yang lebih kompleks. Ini adalah perlu kerana kualiti audio HD yang kini semakin popular di kalangan pendengar. Paling penting sekali penggunaan USB-C akan menyeragamkan cara sambungan kesemua aksesori pada peranti.

Nampaknya masa depan bicu audio 3.5mm semakin gelap. Di dalam dunia yang semakin digital, bicu audio ini mungkin antara yang terakhir masih menggunakan teknologi analog. Seperti mana kita berubah dari menggunakan port pengecasan berbeza untuk setiap telefon pintar kepada MikroUSB enam tahun yang lalu, sekarang adalah masa yang tepat untuk kesemua peranti menggunakan USB-C.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd