Xiaomi Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak – Mi Bunny Kids Smart Watch

Xiaomi Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak – Mi Bunny Kids Smart Watch

Diterbitkan pada Apr 28, 2016 oleh .

Xiaomi mempunyai penawaran pelbagai produk menarik dibawha mereka, dan kini turut menyertai ekosistem pintar Xiaomi adalah sebuah jam tangan pintar untuk kanak-kanak, dinamakan sebagai Mi Bunny Kids Smart Watch.

Xiaomi Mi Bunny Kids Smart Watch ini bukan sekadar menawarkan paparan masa sahaja, sebaliknya turut membolehkan ibu bapa memantau anak-anak mereka, dan mengetahui kedudukan semasa serta menghubungi anak mereka melaluinya.

Xiaomi Mi Bunny Smart Watch

Jam tangan pintar kanak-kanak ini turut menyertakan sebuah butang SOS khas, yang mana akan membuat panggilan kepada ibu bapa mereka secara automatik, dan membolehkan ibu bapa mereka terus ke anak mereka melalui bantuan GPS. Ibu bapa turut boleh menambah notifikasi bunyi amaran sekiranya anak-anak mereka keluar daripada kawasan yang telah ditetapkan.

Xiaomi membolehkan panggilan kembali dari jam tangan pintar ini dengan mengintegrasikan sokongan panggilan secara terbina dan menyertakan kredit sebanyak 10 Yuan untuknya. Memandangkan Xiaomi sedia dalam arena MVNO, maka ia mungkin tidak sukar untuk mengimplementasikannya – dan pada masa yang sama memperlihatkan produk ini mungkin hanya terhad untuk pasaran China sahaja.

Xiaomi Mi Bunny Smart Watch

Xiaomi Mi Bunny Smart Watch

Xiaomi menyertakan bateri 300mAh pada jam tangan pintar ini yang dikatakan mampu bertahan sehingga 6 hari lamanya. Di China, jam tangan pintar untuk kanak-kanak ini dijual pada harga RMB299, iaitu sekitar RM181.


TIPS & ULASAN