Cari @ Amanz

Jenama ASUS ROG (Republic of Gamers) merupakan salah satu jenama yang tidak asing bagi mereka yang memfokuskan untuk mendapatkan komputer riba atau desktop memfokuskan permainan video dan multimedia. Terkini, hari ini Asus Malaysia telah melancarkan satu lagi komputer riba baru dibawah keluarga ini, iaitu ASUS ROG GX700.

ASUS ROG GX700

Asus ROG GX700 seperti biasa menawarkan kuasa pemprosesan dan grafik yang tinggi. Menjadi salah satu fokus utama pada komputer riba ini adalah ia menjadi komputer riba pertama yang hadir dengan sebuah modul yang boleh ditanggalkan untuk penyejukkan berasaskan cecair.

ASUS ROG GX700

Dengan adanya modul ini, ia sekaligus membolehkan anda menikmati penggunaan komputer riba ini untuk tempoh waktu yang lama, disamping tiada masalah untuk anda membuat overclock yang lebih ekstrim pada komputer riba ini. Asus memanggilnya sebagai Hydro Overclocking System, dan membolehkan pengguna overclock sehingga lebih 48%.

ASUS ROG GX700

Dari segi spesifikasi, Asus ROG GX700 ini membawakan skrin bersaiz 17.3-inci dengan sokongan G-Sync, dijana menggunakan cip Intel Core i7-6820HK, dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX980. Komputer riba ini menggunakan memori sebanyak 32GB DDR4 RAM, dan hadir dengan dua SSD bersaiz 256GB.

ASUS ROG GX700

Di Malaysia, Asus ROG GX700 ini ditawarkan pada harga RM18,999. Mungkin sekiranya anda meminati arena permainan dan memfokuskan kepada industri multimedia, komputer riba ini mungkin menjadi pilihan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd