Cari @ Amanz

SpaceX merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena eksplorasi angkasa. Mereka sebelum ini telah beberapa kali mencuba pendaratan roket pada pelbagai permukaan, dan terkini SpaceX mengumumkan mereka menyasarkan untuk menghantar kapal angkasa Dragon mereka ke Marikh seawal tahun 2018 kelak.

SpaceX berkongsi mengenai perkara ini melalui sebuah Tweet, dan maklumat lanjut mengenainya dijangka akan diumumkan pada masa akan datang.

Beberapa misi penghantaran Dragon ke Marikh dijangka akan dilakukan bagi membolehkan mereka menguji pendaratan di Marikh, dan bersedia untuk membawa manusia ke planet berkenaan.

Kapal Red Dragon yang akan dihantar juga dijangka akan mempelajari persekitaran planet berkenaan. Pendaratan di Marikh bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini NASA telah menghantar Curiosity Rover, tetapi Red Dragon ini dijangka akan lebih 10 kali ganda berat berbanding dengan misi NASA sebelum ini.

Kita mungkin mendengar mengenai perancangan lanjut misi Red Dragon daripada SpaceX ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd