Samsung Sedang Membangunkan Peranti Realiti Maya Seakan HTC Vive

Samsung Sedang Membangunkan Peranti Realiti Maya Seakan HTC Vive

Diterbitkan pada Apr 28, 2016 oleh .

HTC Vive dan Samsung Gear VR ialah dua peranti realiti maya yang mensasarkan dua kumpulan berbeza. Vive mensasarkan peminat permainan komputer yang memiliki komputer berkuasa tinggi. Gear VR pula ialah peranti realiti maya kelas permulaan yang hanya memerlukan sebuah peranti pintar untuk berfungsi. Boleh dikatakan Vive kini menerima banyak pujian kerana memberikan pengalaman realiti maya yang berbeza dari pesaing mereka. Samsung nampaknya tidak mahu kalah dan sedang membangunkan peranti realiti maya seakan Vive mereka sendiri.

HTC-Vive-retailIni disahkan sendiri oleh Injong Rhee, ketua bahagian penyelidikan dan pembangunan Samsung. Menurut beliau Samsung kini sedang giat membangunkan peranti realiti maya tanpa wayar yang tidak memerlukan peranti pintar untuk berfungsi. Sungguhpun begitu tiada maklumat bilakah ia akan memasuki pasaran. Tidak diketahui juga sama ada peranti realiti maya ini memerlukan sebuah komputer berkuasa tinggi untuk berfungsi. Pasaran realiti maya dijangka bernilai $150 Billion menjelang 2020. Samsung tidak mahu ketinggalan dan dengan melihat apa yang dilakukan oleh pesaing, mereka berharap dapat memegang peratusan yang besar di dalam pasaran yang amat bernilai ini.


TIPS & ULASAN