HTC Dilaporkan Sedang Membangunkan Dua Peranti Nexus Untuk Google

HTC Dilaporkan Sedang Membangunkan Dua Peranti Nexus Untuk Google

Diterbitkan pada Apr 28, 2016 oleh .

HTC telah diperkatakan sebagai pengeluar untuk peranti Nexus pada tahun ini, dan kini laporan baru hadir mengatakan HTC sedang membangunkan dua peranti untuk Google, dikenali dengan nama kod M1 dan juga S1.

Informasi terbaru ini hadir daripada @evleaks yang sebelum ini sedia meniriskan pelbagai perkara mengenai pembangunan peranti HTC.

Menurut @evleaks juga, peranti yang sedang dibangunkan itu berasaskan kepada Android N – sekaligus lebih memberikan petanda yang mana ia merupakan peranti Nexus baru yang bakal diperkenalkan oleh Google.

Setiap tahun, Google memilih pengeluar baru untuk peranti Nexus mereka, dan untuk 2015 yang lepas mereka telah memilih Huawei dan juga LG. Dengan info terbaru ini, mungkinkah kini pasti yang mana dua peranti baru untuk tahun ini akan hadir daripada HTC?


TIPS & ULASAN