Cari @ Amanz

Kayu selfie kini sudah terlalu arus perdana dan bukan lagi aksesori yang perlu dimiliki. Tambahan lagi ia sudah mula diharamkan penggunanya di tempat awam atas sebab keselamatan. Peminat selfie kini terpaksa menggunakan tangan mereka untuk mengambil gambar. Oleh itu dron mengambil selfie mula dihasilkan untuk membolehkan gambar selfie diambil dari jarak  yang lebih jauh. Hover Camera ialah sebuah lagi dron kamera selfie yang akan memasuki pasaran.

Hover Camera

Tidak seperti beberapa dron selfie yang pernah kami paparkan sebelum ini, Hover Camera mempunyai kipas yang tertutup di dalam sangkar yang diperbuat daripada gentian karbon. Ini mengelakkan jari pengguna dari terluka dan paling penting sekali mengelakkan kerosakan pada kipas ketika dibawa. Dron selfie seberat 238 gram ini dengan mudah dapat disimpan di dalam beg dengan selamat.

Ia mempunyai kamera 13 Megapixel yang mampu merakam gambar dan video pada resolusi 4K. Sistem penstabilan imej digital digunakan bagi memastikan gambar yang diambil tidak bergegar. Paling menarik sekali ialah Hover Camera diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 801. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi pra-pesanan akan dibuka pada musim panas ini.

hover camera 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd