U Mobile Video Onz Diperkenalkan – Penstriman Video Tanpa Had, Termasuk Untuk YouTube, iFlix, HyppTV dan Astro OTG

U Mobile Video Onz Diperkenalkan – Penstriman Video Tanpa Had, Termasuk Untuk YouTube, iFlix, HyppTV dan Astro OTG

Diterbitkan pada Apr 28, 2016 oleh .

U Mobile sebelum ini telah sedia memperkenalkan sokongan penstriman untuk YouTube pada tengah-malam tanpa had, dan hari ini, mereka membuat sedikit perubahan, dan memperkenalkan penawaran terbaru daripada mereka yang dinamakan sebagai U Mobile Video-Onz.

Melalui U Mobile Video Onz, mereka menawarkan penstriman tanpa had untuk beberapa perkhidmatan video – 24 jam sehari. Tetapi, ia hanya terhad untuk pengguna pelan pascabayar P70, i98 dan juga i130 sahaja.

UMobile Video Onz

Sementara untuk pelanggan pascabayar dan prabayar yang menggunakan pelan lain, U Mobile menawarkan penambahan data 100% yang mana khusus untuk penstriman video. Ini bermakna, sebagai contoh sekiranya anda mempunyai langganan data 1.5GB, maka anda akan menerima tambahan 1.5GB hanya khusus untuk langganan video sahaja.

U Mobile Video Onz ini menyokong sejumlah perkhidmatan penstriman, termasuk YouTube, HyppTV, Viu, iFlix, Youku Tudou, Astro On-The-Go, tonton, ErosNow, Herotalkies, OnFM dan juga Pocketimes.

Pihak U Mobile juga turut menawarka langganan HyppTV dan Viu secara percuma untuk dua bulan.


TIPS & ULASAN