Microsoft Menegaskan Masih Komited Kepada Windows 10 Mobile

Microsoft Menegaskan Masih Komited Kepada Windows 10 Mobile

Diterbitkan pada Apr 28, 2016 oleh .

Tiada peranti utama Windows 10 Mobile akan dilancarkan tahun ini. Pada acara Build yang berlangsung Mac lalu pula hanya beberapa fungsi baru peranti mudah alih ini diperlihatkan. Mereka sendiri mengesahkan mengurangkan tumpuan pada platform mudah alih sepanjang 2016. Ini membuatkan ramai tertanya-tanya adakah ini petanda keranda Windows 10 Mobile sudah diusung dan air mata peminat sistem operasi ini akan bercucuran. Hanya beberapa ura-ura tentang Surface Phone didengari yang memberikan mereka harapan Microsoft masih enggan mengaku kalah di dalam arena peranti mudah alih.

Xiaomi Windows 10Sebuah memo dalaman dari Terry Myerson, ketua bahagian Windows dan Peranti di Microsoft ,mengesahkan mereka masih komited kepada pembangunan Windows 10 Mobile. Di dalam memo yang sama beliau mengesahkan peranti generasi terkini sedang dihasilkan dan ini pastinya merujuk kepada Suface Phone. Surface Phone dijangka akan dilancarkan April 2017. Kita mempunyai lebih kurang 11 bulan sahaja lagi untuk melihat halatuju Window 10 Mobile. Adakah Phoenix Redmont akan bangkit dari api selepas berehat selama setahun?


TIPS & ULASAN