Kini Samsung Mempunyai Kedai Atas-Talian Rasmi Melalui Kerjasama Lazada

Kini Samsung Mempunyai Kedai Atas-Talian Rasmi Melalui Kerjasama Lazada

Diterbitkan pada Apr 28, 2016 oleh .

Pelbagai jenama peranti mudah-alih mempunyai kedai atas-talian tersendiri untuk memudahkan para pengguna diseluruh negara mendapatkan peranti asli terus daripada pengeluar atau pengedar. Terkini, Samsung Malaysia Electronics turut dilihat menyertai arena berkenaan dan mempunyai penawaran mereka terus di Lazada.

Lazada sedia mempunyai beberapa jenama lain yang menggunakannya sebagai platform jualan atas-talian, termasuk antaranya adalah Microsoft, Huawei, Meizu dan sebagainya. Penyertaan Samsung ini juga sekaligus akan memudahkan lagi pengguna mendapatkan peranti Samsung yang mungkin sedikit sukar untuk didapati melalui kedai fizikal di beberapa tempat.

Di Lazada, nama Samsung Authorized Partner digunakan, sekaligus memberikan petanda yang mana ia diuruskan oleh pengedar rasmi Samsung di Malaysia untuk menjual produk-produk berkenaan.

Beberapa promosi dan ganjaran turut disediakan, dan Lazada mengatakan mereka menjanjikan pengguna akan menerima produk dalam tempoh antara 3-4 hari bekerja daripada tarikh pembelian.

Layari : Samsung Authorized Partner di Lazada


TIPS & ULASAN