Cari @ Amanz

Google agak aktif dengan pengenalan fungsi baru pada Google Calendar pada bulan ini. Selepas memperkenalkan fungsi Goals sebelum ini, hari ini Google turut memperkenalkan sebuah fungsi baru untuk memudahkan anda membuat temujanji.

Fungsi baru ini hanya hadir untuk peranti Android sahaja buat masa ini. Pengguna boleh membuka Google Calendar, dan seterusnya tap pada “Find a time“.

Google Calendar

Kebolehan ini adalah lebih kepada organisasi yang berkongsi kalendar antara satu pekerja dengan yang lain. Melaluinya, pengguna hanya perlu memilih mereka-mereka yang akan terlibat dalam sesuatu mesyuarat, dan seterusnya untuk pilihan masa, tap pada “Find a time”.

Google Calendar seterusnya akan secara automatik membuat carian pada semua jadual hadirin yang terlibat, dan membuat temujanji automatik mengikut keselesaan semua. Google Calendar juga akan menjadualkan semula sesuatu temujanji sekiranya terdapat sebarang temujanji lain oleh hadirin yang terlibat.

Google mengatakan mereka akan turut membawa fungsi sama ke iPhone dan web dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd