Komponen Perkhidmatan AWS IoT Kini Tersedia Untuk Pengguna Asia Tenggara

Komponen Perkhidmatan AWS IoT Kini Tersedia Untuk Pengguna Asia Tenggara

Diterbitkan pada Apr 28, 2016 oleh .

Dunia peranti berhubung (Internet of Things) semakin berkembang pesat dari hari ke hari dan semakin banyak peranti dicipta dengan penekanan tersebut. Menyedari besarnya potensi dunia ini, pada tahun lalu Amazon Web Services (AWS) telahpun mengumumkan perkhidmatan AWS IoT, membolehkan sistem sokongan web mereka kini lebih mesra dan menyokong penggunaan IoT. Selepas setahun ianya tersedia hanya untuk pengguna Amerika Syarikat, kini pembangun di rantau Asia Tenggara boleh menggunakan perkhidmatan tersebut.

aws-iotBagi menggunakan perkhidmatan AWS IoT, pengguna perlu sedia arif akan perkhidmatan Amazon Web Services (AWS) secara am. Ini kerana perkhidmatan AWS terdapat pelbagai komponen, seperti S3 (Simple Storage Solutions) untuk tujuan storan, Dynamo DB sebagai pangkalan data, SNS untuk tujuan spesifikasi dan banyak lagi. Komponen-komponen perkhidmatan ini perlu digabungkan pengguna untuk mendirikan sistem yang diinginkan.

Sebagai tambahan kepada AWS IoT, Amazon Web Services telah menyediakan beberapa komponen perkhidmatan antaranya Device Shadow yang berfungsi untuk merekod maklumat peranti dan menyimpannya sewaktu ketiadaan sambungan internet. Sebagai contoh, komponen Device Shadow akan merekodkan data, lokasi, kelajuan dan sebarang maklumat sewaktu kereta memasuki terowong. Sewaktu kereta tersebut didalam terowong, maklumat tidak dapat dihantar berikutan tiada talian internet. Maklumat tersebut akan dihantar semula apabila sambungan talian internet tersedia semula.

AWS IoT - IMG_8717 AWS IoT - IMG_8710 AWS IoT - IMG_8719

Antara komponen lain untuk Amazon IoT termasuklah Amazon Alexa yang merupakan komponen kawalan suara. Pengguna boleh memberikan arahan suara kepada peranti IoT, dan pemprosesan akan dilakukan bergantung kepada kelajuan cip pemprosesan peranti tersebut. Terdapat pelbagai pengeluar yang turut menyokong AWS IoT antaranya Intel Edison, CHIP, Maxwell, Arduino dan sebagainya.

Pada demonstrasi ringkas yang dilakukan oleh Markku Lepisto yang arif dengan sistem AWS, beliau menunjukkan bagaimana papan pintar Intel Edison berhubung menggunakan AWS IoT dimana kawalan lampu dapat ditukarkan menerusi gabungan Device SDK dan juga Lambda, serta kawalan suara berdasarkan AWS Alexa. Dapat dilihat sedikit kelewatan dalam pemprosesan suara kerana menurut Markku, fail suara yang dihantar berkemungkinan dalam saiz yang besar, tidak dikecilkan terlebih dahulu. Salah satu perkara menarik juga adalah dimana komponen AWS Alexa mampu memahami sinonim perkataan dimana Markku pada awalnya menuturkan perkataan ‘Lights’ untuk menukar keadaan lampu LED kemudian menuturkan perkataan ‘Lamp’. Dari segi pengecaman suara AWS Alexa, ia juga mampu mengesan dialek dan tidak memerlukan pengguna bertutur dengan loghat orang Inggeris.

Demonstrasi tersebut hanyalah sedikit sahaja dari kebolehan sistem AWS IoT secara amnya. Dengan pengenalan komponen perkhidmatan sebegini pada platform Amazon Web Services, boleh dikatakan sesiapa sahaja yang membangunkan sistem menggunakan AWS, kini boleh memikirkan dan mengimplementasi solusi IoT baik untuk perniagaan atau pun projek tersendiri. Jika anda ingin mencuba AWS IoT, mereka turut menyediakan komponen ini secara percuma untuk dicuba bersama-sama komponen perkhidmatan AWS yang lain.

Cuba: AWS IoT secara percuma


TIPS & ULASAN