Cari @ Amanz

Asus telah memperkenalkan beberapa produk baru dibawah keluarga Republic of Gamers baru-baru ini, dan bersama-sama dengannya, mereka turut tleah mengumumkan sebuah kejohanan baru dengan bekerjasama bersama pihak Garena.

Asus ROG Champions Cup

Kejohanan yang dikenali dengan nama ROG Champions Cup ini akan memfokuskan kepada permainan League of Legends, dan pemenangnya berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM60,000 bersama-sama komputer riba Asus ROG.

Pertandingan ini akan mengambil tempat di Sunway Pyramid, dan akan diadakan pada 25 Jun 2016 kelak. Anda yang berminat boleh mendaftar hari ini, dan pusingan pemilihan akan diadakan bermula daripada 14 Mei kelak. Ia seterusnya akan membawa kepada beberapa tahap secara berperingkat, sehinggalah perlawanan akhir diadakan pada 25 Jun.

Asus ROG Champions Cup

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd