Honor 5C Diperkenalkan – Hadir Dengan Kirin 650 Dan Pengimbas Cap Jari

Honor 5C Diperkenalkan – Hadir Dengan Kirin 650 Dan Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada Apr 28, 2016 oleh .

Honor merupakan salah satu jenama dibawah Huawei dan memfokuskan penjualan melalui Vmall. Mereka telah memperkenalkan Honor 5X sebelum ini, dan kini sebuah lagi peranti baru hadir daripada jenama Honor, iaitu Honor 5C.

Honor 5C membawakan penawaran spesifikasi yang lebih rendah, tetapi pada masa yang sama mengekalkan beberapa ciri-ciri seumpama telefon pintar berharga tinggi.

Honor 5C

Honor 5C hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan resolusi HD penuh. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 650 lapan teras, dan GPU Mali-T830. Peranti ini hanya hadir dengan memori 2GB RAM dengan storan 16GB terbina sahaja. Seperti peranti Honor lain, pengguna boleh memperluaskan storan menggunakan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, Honor menyertakan kamera belakang 13-megapixel f/2.0, dan kamera hadapan 8-megapixel. Telefon pintar ini turut hadir dengan pengimbas cap jari di belakang, sokongan radio FM dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Honor 5C menggunakan sistem operasi Android terkini, iaitu Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka EMUI 4.1. Seperti kebanyakkan telefon pintar Honor lain, ia turut hadir dengan sokongan dwi-SIM. Terdapat dua variasi peranti ditawarkan oleh Honor untuk Honor 5C ini, iaitu satu dengan sokongan rangkaian 3G sahaja, sementara satu lagi dengan 4G LTE.

Honor 5C versi 3G ditawarkan pada harga CNY 899 (~RM541), sementara versi 4G LTE pula pada harga CNY 999 (~RM600).


TIPS & ULASAN