Facebook Memperkenalkan Aplikasi Facebook Dan Messenger Untuk Pengguna Windows 10

Facebook Memperkenalkan Aplikasi Facebook Dan Messenger Untuk Pengguna Windows 10

Diterbitkan pada Apr 29, 2016 oleh .

Facebook sebelum ini mempunyai penawaran aplikasi mereka untuk Windows 8, dan hari ini, mereka secara rasminya menaik-taraf dan mengemaskini penawaran mereka dengan memperkenalkan aplikasi rasmi untuk pengguna desktop Windows 10.

Dua aplikasi baru telah diperkenalkan oleh mereka, iaitu satu adalah aplikasi utama Facebook untuk Windows 10, dan satu lagi adalah aplikasi permesejan Facebook Messenger untuk Windows 10.

Facebook Windows 10

Dengan menawarkan aplikasi natif ini, ia membolehkan pengguna untuk mengakses Facebook melalui notifikasi terbina pada desktop, sokongan News Feed yang lebih pantas, disamping memudahkan lagi pengguna melihat notifikasi daripada Facebook Live Tile. Pemasangan aplikasi ini juga membuat pengguna lebih mudah untuk berkongsi gambar ke laman sosial berkenaan.

Aplikasi baru ini menyokong semua pengguna Windows 8. Windows 8.1 dan juga Windows 10. Buat masa ini, ia hanya menyokong penggunaan di desktop sahaja, dan bakal diperluaskan ke peranti mudah-alih tidak lama lagi.

Muat-Turun Facebook untuk Windows 10

Muat-Turun Messenger untuk Windows 10


TIPS & ULASAN