HP Memperkenalkan Chromebook Baru Dengan Rekaan Logam Dan Intel Core M

HP Memperkenalkan Chromebook Baru Dengan Rekaan Logam Dan Intel Core M

Diterbitkan pada Apr 29, 2016 oleh .

HP mempunyai beberapa penawaran komputer riba berasaskan sistem operasi Chrome OS di pasaran, termasuk di Malaysia. Terkini, menambah lagi penawaran dibawah keluarga Chrome OS, HP telah memperkenalkan sebuah komputer riba baru dinamakan Chromebook 13.

HP Chromebook 13 ini hadir dengan rekaan berasaskan kepada logam, dan mempunyai rekaan yang nipis dan elegan. Ini sesuai dengan penawaran pihak HP yang lebih menyasarkan pengguna perusahaan berbanding pengguna umum.

HP Chromebook 13

HP Chromebook 13 hadir dengan skrin bersaiz 13.3-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core M, dan memori 16GB. HP mengatakan komputer riba ini menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 11 jam melaluinya.

Dengan menyasarkan pengguna perusahaan, pihak HP turut menyertakan sokongan USB Type-C pada peranti ini yang boleh digunakan untuk pengecasan, mahupun untuk menghubungkan ia kepada projektor dan sebagainya.

Versi asas komputer riba ini membawakan tanda harga $499 (~RM1938), dan bakal dijual terlebih dahulu di pasaran Amerika Syarikat.


TIPS & ULASAN