Bekas Presiden Motorola Kini Menyertai Bahagian Perkakasan Google

Bekas Presiden Motorola Kini Menyertai Bahagian Perkakasan Google

Diterbitkan pada Apr 29, 2016 oleh .

Rick Osterloh, bekas presiden Motorola meletakkan jawapan beliau Mac lalu. Kini beliau dilaprokan menyertai bahagian perkakasan baru Google sebagai timbalan presiden. Bahagian perkakasan ini akan menyelia kesemua peranti yang dihasilkan oleh mereka seperti Chromecast, Nexus dan Pixel C. Pengambilan Rick Osterloh menunjukkan keseriusan Google untuk menjadi syarikat yang menghasilkan perkakasan mereka sendiri.

Galaxy-Nexus-Family-1Sebelum ini mereka amat bergantung kepada pengeluar lain untuk menghasilkan peranti berjenama Nexus. Google kini ingin mengetatkan kawalan terhadap setiap peranti yang mereka hasilkan bagi menjadikannya lebih setanding dengan iPhone. Harus diakui walaupun perisian Stock Android yang digunakan pada setiap peranti Nexus berfungsi dengan baik, kualiti binaan, kemasan dan kamera peranti yang dihasilkan pihak yang dilantik Google sering menerima kritikan. Diharap dengan wujudnya bahagian khas perkakasan dan perlantikan Nick Osterloh, peranti Nexus akan datang akan mempunyai kualiti lebih tinggi.


TIPS & ULASAN