Patch Hari Pertama Uncharted 4 A Thief’s End Bersaiz 5 Gigabyte

Patch Hari Pertama Uncharted 4 A Thief’s End Bersaiz 5 Gigabyte

Diterbitkan pada Apr 29, 2016 oleh .

Patch ialah lumrah yang biasa bagi setiap permainan yang dihasilkan sekarang. Ia memperbaiki pelbagai masalah grafik, kestabilan dan kerentatan yang mungkin wujud. Biasanya patch diberikan selepas beberapa minggu permainan mula dijual, tetapi kini sindrom patch hari pertama semakin menjadi-jadi. Pengeluar gagal menyiapkan permainan mengikut masa yang ditetapkan dan “menyiapkan” permainan dengan menghasilkan patch hari pertama.

Uncharted PatchUncharted 4 A Thief’s End, permainan yang amat dinantikan di PlayStation 4 turut akan menerima patch hari pertama. Agak mengejutkan saiz patch ini mencecah 5 Gigabyte. Ini adalah kerana Naughty Dog akan membawakan mod multiplayer, Photo Mode, Render Mode, pembaca journal dan galeri lukisan konsep dengan patch ini. Uncharted 4 akan mula dijual 10 Mei hadapan dan merupakan permainan terakhir di dalam siri ini yang akan dihasilkan oleh Naughty Dog.


TIPS & ULASAN