Xbox One Edisi Terhad Iron Man Dilengkapi Sebuah Arc Reactor

Xbox One Edisi Terhad Iron Man Dilengkapi Sebuah Arc Reactor

Diterbitkan pada Apr 29, 2016 oleh .

Edisi terhad konsol sempena pelancaran permainan baru adalah perkara biasa. Edisi khas kegemaran kami masih lagi PlayStation 4 edisi terhad Metal Gear Solid V The Phantom Pain. Pilihan warna dan aksesori lengan Big Boss yang disertakan membuatkannya kelihatan amat seksi di mata kami. Tetapi hari ni kami menemui cinta baru dan ia sebuah konsol edisi khas Xbox One.

Xbox One berwarna putih Iron Man ini bukan sahaja mempunyai warna baru malah dilengkapi arc reactor terbina bahagian atas. Arc reactor ini turut dilengkapi dengan lampu berwarna biru. Sebuah lagi arc reactor mini diletakkan pada pengawal permainan. Ia dihasilkan sempena mempromosikan filem Captain America Civil War yang mula ditayangkan hari ini. Hanya tiga konsol ini dihasilkan dan ia bukan untuk dijual. Sebaliknya ia menjadi hadiah yang diberikan kepada pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh Xbox Perancis. Sekiranya Iron Man ialah Xbox One, pastinya Captain America ialah PlayStation 4!


TIPS & ULASAN