Aplikasi Instagram Untuk Windows 10 Mobile Diperkenalkan

Diterbitkan pada Apr 29, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aplikasi perkongsian gambar Instagram untuk Windows 10 Mobile kini melepasi tahap Beta. Ia kini aplikasi penuh yang boleh dimuat turun menerusi Windows Store. Aplikasi ini menyokong muat naik video, penghantaran direct message dan pengguna pelbagai akaun menerusi satu aplikasi. Ini adalah fungsi yang tidak disokong pada versi terdahulu.

Instagram-Windows-10-MobilePada waktu yang sama aplikasi Windows 10 untuk Facebook dan Messenger juga turut dilancarkan. Aplikasi dekstop ini menyokong notifikasi dan Live Tile. Aplikasi Facebook dan Messenger untuk Windows 10 Mobile kini masih dalam pembangunan. Ketika banyak syarikat lain seperti GoPro mula meninggalkan platform Window 10 Mobile, Facebook pula meneruskan sokongan mereka.

Facebook-1024x640

 

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami