Cari @ Amanz

Sony sedikit senyap sejak kebelakangan ini. Tiga peranti keluarga Xperia X mereka masih belum dijual sungguhpun diperlihatkan di MWC Februari yang lalu. Kini dua lagi peranti nampaknya sedang dalam proses ujian dan kedua-duanya mempunyai skrin yang kecil. Peranti pertama dengan model F3216 mempunyai skrin 4.6″ HD penuh, pemprosese MediaTek Helio P10, RAM sebesar 2 GB dan muatan dalaman 16 GB. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 20 Megapixel dan kamera hadapan 16 Megapixel.

Sony F3216Peranti kedua dengan nombor model F3311 pula mempunyai skrin 4.6″ HD, pemproses MediaTek MT6735, RAM sebesar 1.5 GB dan muatan dalaman 16 GB. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 16 Megapixel dan kamera hadapan 13 Megapixel. Kedua-dua peranti menggunakan Android Marshmallow. Spesfikasi lain tidak diketahui tetapi jelas sekali ia adalah peranti kelas pertengahan dan berkemungkinan peranti Xperia C.

Sony F311

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd