Keyever Menghasilkan Peranti Windows 10 Mobile Dengan Kekunci T9

Keyever Menghasilkan Peranti Windows 10 Mobile Dengan Kekunci T9

Diterbitkan pada Apr 29, 2016 oleh .

Peranti dengan skrin sesentuh mendominasi pasaran. Adalah sukar mencari peranti pintar dengan papan kekunci QWERTY melainkan yang dihasilkan oleh Blackberry. Tetapi di China akan wujud sebuah peranti Window 10 Mobile dengan papan kekunci T9. Ya ini bukan jenaka April tetapi nampaknya di negara China masih terdapat pasaran untuk peranti dengan kekunci T9 yang lebih sinonim dengan feature phone.

Keyaver-WM10-2Peranti keluaran Keyever ini masih belum diberikan nama dan spesfikasi akhir. Apa yang diketahui ialah ia mempunyai skrin sesentuh 3.5″ qHD, menggunakan pemproses Snapdragon siri 600 dan bateri sebesar 3000 mAh. Pihak Keyaver juga bercadang menghasilkan versi dengan papan kekunci fizikal QWERTY. Ia dilaporkan memasuki pasaran pada suku ke-3 2016 dengan harga jualan sekitar RMB 1000 (~RM 605) sebuah. Masih wujudkah pasaran untuk peranti seperti ini?


TIPS & ULASAN