Cari @ Amanz

Perkembangan teknologi membuatkan beberapa fungsi baru tidak boleh disokong oleh komputer atau sistem operasi yang lama. Disebabkan oleh perkara ini, sokongan beberapa aplikasi dan perisian ditamatkan untuk sistem operasi yang lama.

Terkini, Mozilla telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan pelayar web mereka, Firefox untuk sistem operasi OS X 10.6, OS X 10.7 dan OS X 10.8 bermula Ogos 2016 kelak.

Untuk makluman, walaupun ia ditamatkan sokongan, pengguna masih boleh kekal menggunakan pelayar web berkenaan – tetapi berkemungkinan terdedah kepada pelbagai masalah sekuriti, dan tidak akan menerima sebarang kemaskini fungsi yang baru.

Pengguna yang menggunakan sistem operasi berkenaan, boleh memilih untuk mengemaskini sistem operasi OS X mereka kepada versi terkini, ataupun menggunakan Firefox ESR (Extended Support Release) yang akan disokong sehingga pertengahan 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd