Puma Memperlihatkan Robot Yang Boleh Membantu Atlet Lumba Lari

Puma Memperlihatkan Robot Yang Boleh Membantu Atlet Lumba Lari

Diterbitkan pada Apr 30, 2016 oleh .

Perkembangan teknologi turut membantu atlet dalam kekal cergas dan memantau pelbagai aktiviti dan gerakan mereka. Sebelum ini kita telah melihat penawaran kasut pintar, dan terkini Puma hadir dengan sebuah robot bersaiz kecil yang boleh membantu atlet lumba lari dalam mempertingkatkan prestasi mereka.

Puma BeatBot

Robot kecil ini dinamakan sebagai BeatBot, dan direka oleh sebuah agensi pengiklanan di New York. Ia bersaiz kecil – sebesar kotak kasut. Seperti beberapa peranti pintar lain, BeatBot ini turut boleh dikawal menggunakan telefon pintar.

BeatBot bertugas dalam bersaing dengan manusia untuk memudahkan proses latihan mereka. Atlet boleh membuat tetapan masa kelajuan yang ingin diuji, dan robot berkenaan akan bersaing dengan atlet berkenaan. Robot ini turut hadir dengan beberapa sensor bagi membolehkan ia bergerak lurus mengikut garisan pada trek lumba.

Buat masa ini, Puma hanya menawarkan BeatBot ini untuk beberapa atlet dibawah mereka sahaja.


TIPS & ULASAN