iTeksi – Satu Lagi Perkhidmatan Tempahan Teksi Untuk Pengguna Lembah Klang

Diterbitkan pada Mei 1, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bercakap mengenai tempahan teksi atau kenderaan, aplikasi yang akan hadir ke dalam fikiran ramai pengguna adalah Uber dan juga GrabCar (dahulunya MyTeksi). Selain kedua-dua aplikasi berkenaan, terdapat beberapa yang lain, termasuk Roader, dan juga paling terkini adalah iTeksi.

iTeksi merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh H&N Taxi Sdn Bhd, dan melaluinya kini terdapat lebih 1,500 teksi sekitar Lembah Klang yang menggunakan aplikasi berkenaan.

iTeksi

Melalui iTeksi, dua jenis perkhidmatan ditawarkan oleh mereka. Pertama adalah perkhidmatan teksi biasa yang menggunakan kiraan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, dan lebih dipasarkan untuk perjalanan kurang 30 kilometer.

Untuk perjalanan lebih daripadanya, mereka menyediakan perkhidmatan teksi dengan tambang tetap (Fixed Price Taxi). Perkhidmatan ini lebih ditujukan kepada perjalanan melangkaui 30km, sebagai contoh ke lapangan terbang dan sebagainya.

Buat masa ini, aplikasi iTeksi hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja, dan bakal turut diperluaskan ke iPhone tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami