Angry Birds Action Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Seluruh Dunia

Angry Birds Action Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Mei 1, 2016 oleh .

Rovio merupakan salah satu penerbit dan pembangun permainan yang populer dengan genre Angry Birds. Beberapa variasi dan bentuk permainan Angry Birds telah terdapat di pasaran hari ini, dan paling terkini, Rovio telah menerbitkan permainan Angry Birds Action untuk semua pengguna seluruh dunia.

Permainan Angry Birds Action sebelum ini telah ditawarkan dibeberapa buah negara sebelum ini, dan dengan diterbitkan kepada semua pengguna, kini pengguna tempatan turut boleh memuat-turun dan memainkannya.

Angry Birds Action

Angry Birds Action menawarkan bentuk permainan seumpama pinball, dan seperti biasa, pelbagai tahap berbeza disediakan. Pihak Rovio turut menyertakan sokongan BirdCodes yang membolehkan anda mendapatkan akses kepada beberapa kandungan tambahan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma dari Google Play Store atau Apple AppStore hari ini. Seperti permainan lain, ini juga hadir dengan sokongan pembelian-dalam-aplikasi.

Muat-Turun Angry Birds Action untuk Android

Muat-Turun Angry Birds Action untuk iPhone


TIPS & ULASAN