Samsung mempunyai pelbagai pembangunan teknologi dibawah mereka, dan terkini mereka memperlihatkan salah satu kaedah baru untuk para ibu bapa berkomunikasi dengan bayi pra-matang mereka yang disimpan dalam inkubator – dan pada masa yang sama membolehkan pembangunan minda si bayi.
Dinamakan sebagai Voices of Life, Samsung memperlihatkan ia boleh merakamkan kadar denyutan jantung si ibu, selain turut merakamkan suara dan dodoian untuk dihantar kepada bayi pra-matang. Bunyi yang dirakamkan juga diubah dengan mengubah frekuensinya supaya sesuai dengan bayi pra-matang.
https://www.youtube.com/watch?v=JytAVfeClLE
Samsung mengatakan melalui kajian yang dilakukan, minda bayi pra-matang yang mendengar bunyi suara dan juga denyutan jantung si ibu boleh berkembang dengan lebih sihat. Kebiasaannya, bayi pra-matang lahir lebih awal membuatkan mereka kehilangan beberapa nutrisi, dan Samsung ingin membantu mengatasinya melalui aplikasi Voices of Life ini.
Buat masa ini, Samsung sekadar memperlihatkan konsepnya dan tidak diketahui bilakah mereka akan melancarkannya untuk digunakan dengan meluas.