WhatsApp Mungkin Hadir Dengan Aplikasi Desktop Untuk Windows Dan Mac?

WhatsApp Mungkin Hadir Dengan Aplikasi Desktop Untuk Windows Dan Mac?

Diterbitkan pada Mei 2, 2016 oleh .

WhatsApp yang khusus untuk peranti mudah-alih, telah memperluaskan penawaran mereka untuk web pada tahun lepas. Terkini, beberapa gambar tertiris, memperlihatkan WhatsApp sedang membangunkan perisian desktop mereka untuk Windows dan juga Mac.

Seperti ramai sedia maklum, WhatsApp sering mengintegrasikan beberapa perkara baru pada versi pembangunan mereka, disamping turut menggunakan khidmat penterjemah bebas dalam menterjemah beberapa nama fungsi yang bakal diperkenalkan.

Daripada apa yang dilihat, WhatsApp seperti akan menyediakan perisian khusus untuk Windows dan Mac, membolehkan anda menghantar dan menerima mesej WhatsApp daripada desktop dengan mudah tanpa perlu membuka pelayar web.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ia akan diperkenalkan untuk umum atau sekadar pembangunan sahaja. Pengenalan aplikasi desktop ini juga mungkin tidak mengejutkan ramai pihak, memandangkan Facebook sendiri masih memfokuskan arena berkenaan, disamping WhatsApp telah mengatakan akan lebih memfokuskan perusahaan pada tahun ini yang mana akan memerlukan perisian seumpamanya.


TIPS & ULASAN