Pada Windows, terdapat kaedah untuk mengawal kekuatan audio untuk setiap perisian dan aplikasi yang berjalan. Namun, untuk menawarkan alternatif dan kawalan yang lebih mesra pengguna, salah satu perisian percuma yang menawarkan fungsi serupa adalah Ear Trumpet.
Ear Trumpet ditawarkan untuk pengguna Windows 10, dan ia berjalan dilatar serta beroperasi di taskbar – bersebelahan dengan ikon Volume. Seperti biasa, pengguna hanya perlu tekan pada ikon berkenaan, dan ia akan membuka sebuah pop-up kecil dipenjuru bawah, memperlihatkan aplikasi dan perisian yang berjalan serta kawalan bunyi untuknya.
Bagi anda yang sering menjalankan pelbagai perisian pada komputer Windows 10 anda, dan inginkan kaedah mengawal bunyi yang lebih efisyen, mungkin boleh mencuba Ear Trumpet ini hari ini.
- Muat-Turun Ear Trumpet untuk Windows 10