COD Modern Warfare Remastered Hanya Boleh Dibeli Dengan Edisi Khas Infinite Warfare

COD Modern Warfare Remastered Hanya Boleh Dibeli Dengan Edisi Khas Infinite Warfare

Diterbitkan pada Mei 3, 2016 oleh .

Ini berita yang pasti akan membuatkan anda mahu menumbuk Activision di muka dengan padu. COD Modern Warfare Remastered yang merupakan koleksi trilogi asal yang diberikan penambahbaikan tidak akan dijual berasingan. Sebaliknya ia hanya boleh dimiliki dengan membeli salah satu daripada tiga edisi khas COD Infinite Warfare yang bakal dijual. Bagi mereka yang tidak meminati siri COD yang kini membenarkan anda berperang di angkasa, ini memaksa mereka membayar lebih semata-mata untuk memainkan semula tiga permainan terbaik di dalam siri COD.

COD modern Warfare remastered 2Kepada yang berminat harga jualan edisi-edisi khas Infinite Warfare adalah seperti berikut.

  • Legacy Edition/Digital Legacy Edition ($80): Call of Duty: Infinite Warfare dan Call of Duty: Modern Warfare Remastered
  • Digital Deluxe Edition ($100): Call of Duty: Infinite Warfare, Call of Duty: Modern Warfare Remastered dan Season Pass
  • Legacy Pro Edition ($120): Call of Duty: Infinite Warfare, Call of Duty: Modern Warfare Remastered, Season Pass, satu kerangka steelbook, runut bunyi rasmi COD dan muat turun digital

Apabila diubah kepada ringgit pek premium paling murah sudah mencecah RM 300 sebuah dan ini pastinya terlalu mahal bagi kebanyakan peminat. Activision setakat ini tidak mempunyai perancangan untuk menjual COD Modern Warfare Remastered secara berasingan. Sungguhpun begitu kami percaya sekiranya peminat membantah dengan keras mereka mungkin akan mengubah pendirian mereka. Call of Duty Infinite Warfare akan mula dijual November hadapan,


TIPS & ULASAN