Cari @ Amanz

Kami yakin anda pernah menghidup dan mematikan modem anda apabila berlaku gangguan internet di rumah. Aneh sekali di dalam 80% kes, perkhidmatan internet yang terganggu akan pulih selepas anda melakukan aksi ini. Ia kerap dijadikan jenaka kerana ia adalah nasihat pertama yang diberikan oleh operator bantuan apabila anda melakukan panggilan kepada pembekal perkhidmatan internet anda. Sesungguhnya ini perkara menjengkelkan yang pasti dilakukan sekurang-kurangnya sekali di dalam kehidupan manusia moden.

resetplug 1

ResetPlug ialah palam kuasa yang akan menyelesaikan “masalah” ini.  Pastikan modem rumah anda dipasang kepada ResetPlug dan anda tidak perlu lagi melakukan aksi yang kamu sebutkan di atas secara manual. Palam kuasa pintar ini bersambung kepada WiFi sepanjang masa. Apabila ia mengesan gangguan talian internet, ia akan menghidup dan mematikan bekalan kuasa secara automatik sehinggalah ia mengesan semula sambungan internet. Anda tidak perlu lagi bangun dari tempat duduk, bangkit dari katil ataupun menjerit kepada rakan serumah untuk mematikan modem untuk seketika. Palam ResetPlug dijual pada harga $59.99 (RM 235) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd