Chrome Kini Pelayar Web Paling Popular Di Dunia

Chrome Kini Pelayar Web Paling Popular Di Dunia

Diterbitkan pada Mei 3, 2016 oleh .

Untuk sekian lamanya Internet Explorer ialah pelayar web yang paling popular di dunia. Kepopularan IE adalah kerana ia disertakan secara percuma dengan setiap sistem operasi Windows. Ini menyebabkan pelayar awal seperti Netscape pupus kerana monopoli Microsoft. Kepopularan IE akhirnya dipintas oleh Chrome bulan lalu. Menurut data yang diberikan oleh Net Marketshare, Chrome kini digunakan oleh 41.66% pengguna Internet berbanding 41.33% yang masih menggunakan IE.

Chrome Pelayar Web PEratusan

Tempat ketiga dipegang oleh Firefox dengan 9.76% diikuti oleh Safari dengan 4.91%. Penggunaan IE yang tinggi ini sedikit menakutkan kerana ia tidak lagi disokong oleh Microsoft yang mahu pengguna berubah kepada Edge. Apakah pelayar web kegemaran anda dan mengapakah anda menggunakannya? Kami secara peribadi menggunakan Chorme kerana terdapat banyak pemalam yang memudahkan tugasan harian ketika melayari web.


TIPS & ULASAN