Google Keyboard Untuk Android Kini Hadir Dengan Mod Satu Tangan

Google Keyboard Untuk Android Kini Hadir Dengan Mod Satu Tangan

Diterbitkan pada Mei 3, 2016 oleh .

Pada sebarang peranti mudah-alih, salah satu perkara yang anda sering berinteraksi adalah papan kekuncinya. Terdapat pelbagai perisian dan aplikasi papan kekunci pada Android, dan salah satu yang popular adalah Google Keyboard.

Terkini, Google dilihat telah mula memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi berkenaan, iaitu Google Keyboard 5.0.

Google Keyboard 5.0

Google menyertakan sejumlah fungsi baru pada Google Keyboard 5.0 ini, dan salah satunya adalah kebolehan menaip dengan satu tangan – sesuai untuk peranti berskrin besar atau sekiranya anda ingin menaip menggunakan hanya sebelah tangan ketika pegang barangan pada tangan yang satu lagi.

Disamping itu, Google turut menyertakan akses yang lebih pantas kepada emoji dan juga untuk menaip nombor, selain integrasi gesture untuk menaip. Pengguna turut diberi kawalan untuk menetapkan ketinggian papan kekunci berkenaan ketika dipaparkan.

Kemaskini baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna Android akan menerimanya bermula hari ini.

Muat-Turun Google Keyboard di Google Play Store


TIPS & ULASAN