The Rock Kini Menawarkan Aplikasi Penggera Untuk Mengejutkan Anda Dan Memberikan Anda Motivasi

The Rock Kini Menawarkan Aplikasi Penggera Untuk Mengejutkan Anda Dan Memberikan Anda Motivasi

Diterbitkan pada Mei 3, 2016 oleh .

The Rock merupakan salah seorang ahli gusti popular yang kini turut berlakon didalam sejumlah filem. Terkini, The Rock turut memperkenalkan sebuah aplikasi baru, yang ingin membantu anda bangun pagi, dinamakan sebagai The Rock Clock.

Menggunakan The Rock Clock, pengguna boleh tetapkan misi mereka, dan seterusnya turut memilih bunyi penggera. Kebanyakkannya dibaca atau diucapkan oleh The Rock sendiri, dimana suara menjadi semakin garang untuk memastikan anda bangun pagi.

The Rock Clock

Disamping itu sahaja, pengguna turut disediakan dengan penawaran video motivasi daripada The Rock sendiri setiap pagi. Pengguna turut boleh menetapkan masa bangun pagi yang sama dengan The Rock – namun ia mungkin tidak relevan untuk pengguna tempatan memandangkan terdapat perbezaan waktu GMT.

Bagi anda yang inginkan jam penggera baru, dan mungkin sekiranya anda juga meminati The Rock, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi percuma ini yang ditawarkan untuk Android dan iOS.

Muat-Turun The Rock Clock untuk Android

Muat-Turun The Rock Clock untuk iOS


TIPS & ULASAN