Cari @ Amanz

Teknologi skrin telah memperlihatkan perubahan dari tahun ke tahun – bukan sahaja pada sokongan resolusi, tetapi juga dengan sokongan 3D Touch, skrin melengkung, dan sebagainya. Terkini, Microsoft Research turut memperlihatkan teknologi yang sedang dibangunkan mereka tersendiri dinamakan sebagai Pre-Touch.

Microsoft Pre-Touch

Melalui Pre-Touch, ia membawa kepada kaedah interaksi baru, membolehkan peranti menawarkan pilihan berdasarkan kepada bagaimana pengguna memegang sesuatu peranti, malah mengesan sebelum pengguna menyentuh skrin.

Perkara ini dijayakan dengan kebolehan mengesan tekanan pada bahagian tepi skrin – menyesuaikan apa yang dipaparkan berdasarkan kepada dimana pengguna pegang skrin. Disamping itu, Microsoft Research turut melengkapkan ia dengan teknologi mengesan gerakkan di atas skrin, membolehkan skrin mengenal-pasti sebelum pengguna menyentuh skrin.

Daripada contoh yang diperlihatkan oleh Microsoft, pada pemain media, pengguna akan diperlihatkan dengan pilihan apabila jari mereka ingin menyentuh skrin, dan tidak lagi perlu tap terlebih dahulu. Perkara sama juga ketika membaca berita, memudahkan pengguna untuk memilih pautan yang dikehendaki.

Secara kasar, ia membawa kepada kaedah interaksi skrin yang serba baru, dan pada masa yang sama memudahkan lagi pengguna sekiranya menggunakan sebelah tangan.

Buat masa ini, Pre-Touch ini sekadar dalam kajian sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia bakal dikomersialkan kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd