Cari @ Amanz

BMW merupakan nama yang tidak asing dalam arena pengeluaran automotif. Pada kenderaan keluaran mereka, BMW sedia mengintegrasikan butang SOS yang membuat dail kecemasan sekiranya kenderaan yang dipandu terlibat dalam kemalangan. Sistem yang dulunya terhad kepada kereta, kini turut diperlihatkan oleh BMW untuk motosikal.

Melalui butang khusus ini, ia menggunakan sistem GPS dan juga menyertakan sokongan selular untuk menghubungi pusat khidmat BMW sekiranya terdapat kecemasan. Ia beroperasi secara automatik melalui sensor yang diintegrasikan pada motosikal berkenaan.

BMW Motosikal Kecemasan

Sekiranya sensor berkenaan mengenal-pasti sebarang kemalangan pada had laju tinggi, maka ia akan membuat panggilan kecemasan terus ke pusat yang ditetapkan, disamping mengaktifkan mikrofon untuk membolehkan penunggang motosikal berkenaan berhubung.

Sekiranya kemalangan kecil berlaku, maka sensor berkenaan turut akan membuat panggilan kecemasan – tetapi menyediakan sela masa selama 25 saat. Ini membolehkan penunggang untuk membatalkan panggilan kecemasan berkenaan sekiranya kemalangan yang berlaku adalah kecil dan tiada bantuan yang diperlukan.

Sistem ini akan ditawarkan bersama-sama motosikal keluaran BMW di Eropah bermula tahun 2017 kelak. Buat masa ini, ia lebih ditujukan di Eropah sahaja, dan tiada perancangan untuk pasaran luar Eropah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd