Carian
Bagaimana Hentikan Seketika Muzik Di Latar Secara Automatik Ketika Mainkan Media Pada Aplikasi Lain
May 3, 2016 Aman

Pada komputer, ada kalanya anda memainkan audio dilatar menggunakan pemain media atau perisian khusus seperti Spotify, iTunes dan sebagainya – dan menghadapi masalah untuk mencarinya kembali untuk menghentikan audio apabila ingin memainkan sesuatu video untuk sementara, seperti pada YouTube.

Proses ini boleh dikatakan agak leceh, dan mungkin anda ingin mengautomasikan proses ini supaya ia mengesan secara automatik apabila anda ingin memainkan video atau audio untuk sementara menggunakan perisian atau aplikasi lain.

MuteFM

Untuk memudahkan proses ini, salah satu perisian yang membantu pengguna Windows, Mac dan Linux adalah Mute.FM. Mute.FM merupakan sebuah perisian bersaiz kecil, dan ia boleh mengesan dan menghentikan sementara pemain media di latar sehingga anda habis memainkan video di YouTube atau perisian lain. Segalanya berlaku secara automatik, malah muzik yang dihentikan pada awalnya akan sambung dimainkan selepas video anda habis.

Dahulunya, perisian seperti ini mungkin tidak diperlukan, tetapi pada masa kini dengan lebih ramai menonton video sementara pada YouTube, Facebook dan sebagainya, Mute.FM ini sangat membantu ketika anda ingin menikmati sesuatu media tanpa perlu mencari lagi satu pemain untuk menghentikannya.

Mute.FM boleh beroperasi dengan sejumlah pemain media desktop, termasuk antaranya adalah iTunes, foobar2000, Spotify, Zune, Windows Media Player dan juga Winamp.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun perisian ini secara percuma dan menggunakan pada komputer anda. Walaupun ia tidak menyenaraikan Windows 10 seperti disokong secara rasmi, namun kami tidak menghadapi sebarang masalah ketika menggunakannya.

MuteFM

Komen