HTC Desire 830 Diperkenalkan – Hadir Dengan Skrin 5.5-inci Dan Cip MediaTek Helio X10
HTC

HTC Desire 830 Diperkenalkan – Hadir Dengan Skrin 5.5-inci Dan Cip MediaTek Helio X10

Diterbitkan pada Mei 3, 2016 oleh .

HTC hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah keluarga Desire mereka, iaitu HTC Desire 830. Buat masa ini, HTC hanya mengumumkannya untuk pasaran Taiwan sahaja, dan tidak mustahil untuk kita melihat ia turut dilancarkan untuk pasaran global dalam beberapa bulan lagi.

HTC Desire 830

HTC Desire 830 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan MediaTek Helio X10, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Seperti biasa, HTC menyertakan teknologi kamera HTC Ultrapixel pada kamera hadapan, sementara kamera 13-megapixel dengan sokongan penstabilan imej optikal pada bahagian belakang.

HTC Desire 830 ini menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, dan hadir dengan bateri berkapasiti 2800mAh.

Dari segi binaan, ia menggunakan kerangka berasaskan polikarbonat, dan turut menyertakan sokongan speaker hadapan dengan teknologi HTC BoomSound.

HTC bakal menjualnya di Taiwan pada harga NT$9,990 (~RM1232).


TIPS & ULASAN