Cari @ Amanz

Oppo pada tahun lepas telah memulakan pembangunan Project Spectrum, dalam memberikan pilihan kepada pengguna untuk menjalankan Android dengan antaramuka asal dan hanya menyertakan penambahan yang sangat minima berbanding dengan Color OS. Ketika pengenalan, ia hanya ditawarkan untuk Oppo Find 7 sahaja, dan kini ia turut ditawarkan untuk pengguna Oppo R7s.

Oppo R7s

Project Spectrum untuk Oppo R7s ditawarkan dalam bentuk Beta dan berasaskan kepada Android 6.0 Marshmallow. Pihak Oppo turut mengatakan mereka menyasarkan pengenalan Project Spectrum untuk pengguna Oppo R7 Plus menjelang 13 Mei kelak.

Disamping membawakan pelbagai fungsi baru dibawakan melalui Project Spectrum, termasuk fungsi Android 6.0 Marshmallow yang membawakan fungsi penjimatan bateri Doze Mode, Google Now on Tap, dan turut menyertakan sokongan daripada ColorOS seperti sokongan pengecasan pantas VOOC, aplikasi kamera Oppo dan juga sokongan gesture ketika skrin dimatikan.

Pengguna Oppo R7s yang berminat, anda boleh memuat-turun Project Spectrum untuk peranti anda hari ini dan memasangnya sendiri – sekaligus menikmati pelbagai fungsi baru yang ditawarkan, serta antaramuka asal Android melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd