Cari @ Amanz

Google pada tahun lepas telah memperkenalkan sokongan HTTPS untuk pengguna perkhidmatan Blogspot/Blogger. Ketika pengenalannya, ia hanya ditawarkan sebagai pilihan kepada penggunanya – tetapi kini ia berubah dengan diaktifkan secara automatik kepada semua pengguna perkhidmatan hos blog berkenaan.

Google HTTPS

HTTPS menawarkan lebih sekuriti kepada pelayar, malah telah menjadi salah satu fokus utama ramai pihak, termasuk Google sendiri yang menekankan inisiatif HTTPS Everywhere.

Dengan pengenalan sokongan HTTPS pada Blogger/Blogspot, kini pengguna perkhidmatan berkenaan boleh memilih untuk mengaktifkannya sepenuhnya ataupun kekal beroperasi seperti biasa. Walaupun beroperasi seperti biasa, pengguna lain masih boleh melayari web di Blogspot dengan pautan HTTPS.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd