Apple Diberikan Paten Pencil Dengan Mata Pena Pelbagai Fungsi

Apple Diberikan Paten Pencil Dengan Mata Pena Pelbagai Fungsi

Diterbitkan pada Mei 4, 2016 oleh .

Apple Pencil ialah pensel paling mahal yang boleh anda miliki. Stylus yang dahulunya dipandang hina oleh Steve Jobs kini digunakan secara liberal pada iPad Pro dan Pro 9.7 untuk melakar terus pada permukaan skrin tablet.  Pelbagai hasil seni digital telah dihasilkan menggunakan kombinasi iPad dan Pencil sejak tablet paling berkuasa Apple ini memasuki pasaran.

Apple-Pencil-Paten-1Pada tahun 2012 Apple memfailkan paten untuk stylus dengan mata pena yang boleh ditukar ganti. Paten ini sudah diluluskan dan memberikan kita idea apakah idea jangka panjang Apple untuk stylus mereka. Antara yang dipatenkan ialah mata pena berkamera, pengimbas warna, lampu dan juga mata pensel sebenar dengan pengesan digital terbina. Ini menjadikan Pencil lebih serba guna berbanding stylus yang wujud di pasaran sekarang. Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna ia akan dihasilkan oleh Apple.


TIPS & ULASAN