Penggunaan Android Marshmalllow Kini Mencecah 7.5% – Lollipop Masih Lagi Teratas

Penggunaan Android Marshmalllow Kini Mencecah 7.5% – Lollipop Masih Lagi Teratas

Diterbitkan pada Mei 4, 2016 oleh .

Bulan April ialah bulan yang cukup sibuk dengan beberapa peranti baru Android dilancarkan dengan menggunakan Android Marshmallow. Jadi tidak mengejutkan peratusan versi sistem operasi terbaru ini menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda berbanding bulan sebelumnya. Marshmallow kini digunakan 7.5% peranti Android seluruh dunia berbanding 4.6% pada awal bulan lalu.

Peratusan-Android-Mei-2016Lollipop masih lagi di tangga pertama dengan 35.6%, penurunan dari 35.8% berbanding sebelum ini. Lollipop terus menunjukkan penurunan kerana kemas kini ke Marshmallow semakin banyak diterima bulan lalu. Di tangga kedua masih lagi Kit Kat dengan 32.5% diikuti pula oleh  Jelly Bean dengan 20.1%.


TIPS & ULASAN