Cari @ Amanz

Peranti pintar bukan lagi kemewahan tetapi keperluan untuk manusia dunia pertama. Tidak seperti enam tahun dahulu, kuota data internet kini dianggap lebih penting dari panggilan serta SMS percuma. Bagi mereka yang berkeluarga, kos untuk menanggung talian internet ini boleh menjadi amat mahal sekiranya berkeluarga besar. Digi hari ini melancarkan pelan baru yang memudahkan perkongsian data sehingga enam akaun tambahan dengan harga langganan bermula RM 93 sebulan.

Digi Unlimited Data Calls Quota IMG-20160504-WA0018Pelan Digi Postpaid Internet Sharing + Unlimted Calls yang mula ditawarkan hari ini boleh dikawal oleh pemegang akaun utama menggunakan aplikasi MyDigi.  Jumlah penggunaan data boleh dibahagikan dan dikawal kepada pemegang akaun tambahan. Sekiranya kuota habis digunakan, data tambahan yang boleh dibeli akan bertahan selama 30 hari.

Data sebanyak 7 Gigabyte dijual pada harga RM 35 manakala data sebanyak 12 Gigabyte pula dijual pada harga RM 50. Penawaran pakej data ini hanya diberikan kepada pelanggan Digi Postpaid Internet Sharing + Unlimted Calls.  Pelanggan lain yang mahu menambah kuota data, harga anda hanya boleh melanggan kepada pakej lama sedia ada seperti  RM 50 untuk data 4 Gigabyte yang laku hanya selama tujuh hari.

Panggilan telefon percuma tanpa had di antara akaun utama dan tambahan turut diberikan. Walaubagaimanapun kesemua kuota data yang tidak digunakan tidak boleh dibawa kehadapan. Dengan penawaran ini Digi berharap dapat mengurangkan kos untuk melanggan kepada perkhidmatan suara dan data kepada yang berkeluarga.

Digi Unlimited Data Calls Quota IMG-20160504-WA00071 Digi Unlimited Data Calls Quota IMG-20160504-WA0009

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd