Rekaan Rasmi Xiaomi Mi Max Diperlihatkan

Rekaan Rasmi Xiaomi Mi Max Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 4, 2016 oleh .

Sejak tiga minggu kebelakangan ini terdapat beberapa video yang menunjukkan rekaan yang dikatakan adalah Xiaomi Mi Max. Akhirnya rekaan rasmi phablet gergasi ini diketahui setelah pihak Xiaomi melancarkan video rasmi peranti ini hari ini. Tidak seperti yang kami laporkan sebelum ini, nampaknya Mi Max akan mempunyai rekaan seakan Xiaomi Redmi Note 3. Ini bermakna tiada pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Sebaliknya pengimbas cap jari diletakkan pada panel belakang.

Tiga butang navigasi fizikal dikekalkan pada bahagian dagu. Perubahan paling ketara hanyalah lokasi kamera yang kini di bucu atas sebelah kiri dan bukannya di tengah-tengah seperti Redmi Note 3. Xiaomi Mi Max akan dilancarkan 10 Mei ini bersama dengan Mi Band 2. Turut bakal diperlihatkan ialah MIUI 8 . Apakah pendapat anda mengenai rekaan phablet gergasi ini?


TIPS & ULASAN