Pengunjung KLIA Kini Boleh Memuat-Turun Ebuku Percuma – Baca Sementara Tunggu Penerbangan

Pengunjung KLIA Kini Boleh Memuat-Turun Ebuku Percuma – Baca Sementara Tunggu Penerbangan

Diterbitkan pada Mei 4, 2016 oleh .

Di KLIA (Kuala Lumpur International Airport), sementara menunggu penerbangan anda, semestinya anda bosan dan mungkin tiada aktiviti menarik untuk dilakukan selain duduk di kafe atau melayari web menggunakan peranti mudah-alih. Kini, sebagai salah satu alternatif, anda turut boleh menikmati sejumlah buku digital secara percuma.

KLIA ebuku

Inisiatif ini dibawakan khusus untuk pengunjung KLIA, melalui kerjasama dengan pihak e-Sentral. Pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi e-Sentral yang sedia menawarkan sejumlah buku digital pada iPhone dan Android, dan kemudiannya memuat-turun untuk bacaan pada peranti mudah-alih anda.

Untuk pengunjung di KLIA ini, ia ditawarkan melalui penggunaan beacon Bluetooth, dan memastikan pengguna boleh memuat-turun koleksi khusus yang terdiri daripada lebih kurang 800 buku digital pelbagai genre.

Sebaik sahaja dimuat-turun, buku digital berkenaan akan disimpan pada peranti pengguna selama dua hari, sebelum ia dipadam.


TIPS & ULASAN