Cari @ Amanz

Apple Music telah mula ditawarkan sejak daripada tahun lepas, tetapi ia masih gagal menarik perhatian ramai pengguna – terutamanya dengan pesaing terdekat mereka Spotify yang menawarkan aplikasi yang lebih menarik serta penawaran lagu yang lebih meluas. Kini, bergerak kehadapan, Apple dikatakan sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan nafas baru Apple Music, sekaligus menarik lebih ramai menggunakan aplikasi dan perkhidmatan berkenaan.

Apple Music

Bloomberg mengatakan Apple Music akan menerima kemaskini dari segi antaramuka, disamping turut mengintegrasikan sokongan penstriman dan muat-turun dengan lebih menyeluruh melalui kemaskini akan datang ini.

Kemaskini baru ini juga dijangka akan lebih selari dengan pasukan Apple Music baru selepas beberapa eksekutif yang terlibat dengan projek tersebut pada awalnya telah meninggalkan Apple.

Bersama-sama pengenalan Apple Music baru, Apple turut dijangka akan memasarkan ia dengan lebih meluas – apatah lagi dengan penawaran aplikasi sama untuk platform Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd