Harga Jualan Sony Xperia X Performance, X dan XA Diumumkan – Harga Bermula €299

Harga Jualan Sony Xperia X Performance, X dan XA Diumumkan – Harga Bermula €299

Diterbitkan pada Mei 5, 2016 oleh .

Sony melakukan sesuatu yang aneh dengan peranti keluarga Xperia X. Ia masih belum dijual walaupun diperlihatkan di MWC Februari yang lalu. Sebagai perbandingan Samsung Galaxy S7 dan LG G5 yang diperlihatkan pada masa yang sama sudah terjual lebih sebulan. HTC 10 yang juga baru dilancarkan bulan lalu turut sudah terjual. Hari ini akhirnya kita mendapat maklumat rasmi tarikh dan harga jualan Xperia X Performance, Xperia X dan Xperia XA di Eropah.

Sony-Xperia-X-Performance-1Xperia X Performance yang diperkasakan dengan pemproses Snapdragon 820 akan mula dijual 4 Julai hadapan. Harga jualan pula ialah €699 (~RM 3212). Xperia X yang diperkasakan oleh Snapdragon 650 akan dijual 25 Mei hadapan pada harga €599 (~RM 2399). Akhir sekali Xperia XA yang diperkasakan oleh MediaTek Helio P10 akan dijual pada 20 Jun pada harga €299 (~RM 1196). Harga jualan ini agak mahal tetapi ini adalah biasa untuk pasaran Eropah. Harga jualan di Malaysia mungkin akan lebih murah dari anggaran yang kami letakkan di atas. Apakah pendapat anda tentang harga yang ditetapkan oleh Sony ini?


TIPS & ULASAN