(Ura-Ura) Razer Mungkin Akan Menghasilkan Peranti Mudah-Alih

(Ura-Ura) Razer Mungkin Akan Menghasilkan Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mei 5, 2016 oleh .

Razer ialah jenama yang sinonim dengan komputer riba berkuasa tinggi dan aksesori komputer dengan sistem lampu liplap seperti di Hari Raya. Mereka juga sejak kebelakangan ini memasuki arena penghasilan jam pintar dan gelang pengesan kecergasan. Kini timbul ura-ura mereka mungkin akan menghasilkan peranti pintar mereka sendiri.

Razer mobil

Ura-ura muncul selepas Min Liang Tan, CEO Razer mengumumkan Razer sedang mencari pembangun produk yang arif dengan peranti mudah alih. Sebelum ini Razer ada menghasilkan kerangka tahan lasak  untuk iPhone.  Sekiranya mereka menghasilkan peranti mudah alih, pastinya ia turut akan mempunyai fungsi yang mesra penggemar permainan komputer. Apakah pendapat anda? Berminat ataupun tidak dengan peranti pintar yang dihasilkan oleh Razer? Apa yang pasti ia pastinya tidak dijual pada harga mampu milik sama seperti produk Razer yang lain.


TIPS & ULASAN